Dasar Sekolah
- Melaksanakan Dasar Pendidikan Negara dan program
yang ditetapkan oleh Kerajaan dengan cemerlang, penuh kesedaran, rasa bertanggungjawab, dedikasi dan amanah.
- Meletakkan
kepentingan pelajar mengatasi kepentingan diri sendiri
- Mengamalkan cita-cita dan prinsip Rukun Negara
dan perkhidmatan cemerlang.
- Memberi kerjasama yang erat dan sokongan padu
kepada Pegawai Pelajaran Daerah, Pegawai Pelajaran Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Mengadakan/mewujudkan hubungan baik dengan
mana-mana jabatan lain/badan-badan swasta
- Mengadakan/menjalinkan hubungan yang baik dan
akrab dengan ibubapa/penjaga pelajar serta masyarakat umum
- Membina dan mengamalkan semangat kekitaan di
kalangan warga SMK Keningau II, sebagai satu pasukan padu/kuat berdasarkan semangat kekeluargaan.
- Memberi galakan kepada guru/staf sokongan untuk
meninggikan ilmu Pengetahuan
- Mempraktiskan budaya kerja cemerlang dan sistematik
- Mengamalkan konsep ‘Kerjaya Bersama’
Falsafah Sekolah
Falsafah SMK Keningau II adalah selaras dengan berteraskan pada 65 kosa kata di dalam Falsafah
Pendidikan Negara seperti berikut:
“ Pendidikan
di Malaysia adalah sesuatu usaha yang berterusan kea rah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran Negara “
Objektif Sekolah
- Memperkembangkan potensi pelajar dari semua
segi secara menyeluruh dan bersepadu
- Melahirkan pelajar yang beilmu canggih dan
dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran alam dan masyarakat
- Melahirkan pelajar yang dapat menyumbangkan
kepada kemajuan dan kesejahteraan diri supaya mereka dapat pula berfungsi secara berkesan dan produktif dalam proses keharmonian
dan pembangunan negara
Matlamat Sekolah
- SMK Keningau II akan berusaha dengan segala
kemampuan untuk merealisasikan matlamat dan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran
Negeri Sabah.
- Untuk meletakkan SMK Keningau II ke tahap kebanggaan
dan kepercayaan di kalangan masyarakat setempat menerusi kejayaan-kejayaan cemerlang di dalam:
a.
Pencapaian akademik yang cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti
b.
Pencapaian cemerlang dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum
c.
Amalan disiplin diri yang baik
d.
Pembentukan moral.akhlak yang terpuji melalui kepercayaan beragama
e.
Perkembangan dan pertimbangan intelek, rohani, emosi dan jasmani
f.
Kepimpinan pelajar yang baik
- Mengamalkan semangat taat setia, cinta dan
saying kepada sekolah.
- Menerapkan nilai-nilai murni untuk melahirkan
golongan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab mencari kesejahteraan.
- Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang
kondusif, tenteram, aman, bersih, cantik dan selesa untuk perkembangan keperibadian yang baik
- Menggalakkan perkembangan kepimpinan pelajar
melalui program dan aktiviti kurikulum dan kokurikulum
- Mewujudkan suasana kekeluargaan dan semangat
kekitaan di kalangan pelajar, guru dan staf sokongan.
- Melahirkan pelajar yang berbudaya ilmu dengan
minat membaca yang tinggi dan dapat melahirkan buah fikiran secara lisan dan tulisan dengan teratur, lancer, tepat dan berkesan.
- Menggunakan secara optima segala kemudahan
yang ada ( di sekolah dan luar sekolah ) untuk memperkukuhkan lagi dasar / matlamat sekolah
- Mengamalkan budaya kerja cemerlang, efisien,
bertanggungjawab, dedikasi, bersih, cekap dan amanah
|